Monday, May 29, 2006

Aduhai...Ummu Ali

Semalam, saya membaca berita gempa di Jogja dalam keadaan kepala saya berdenyut-denyut. Entah kenapa, seharian kepala saya sakit. Adakah kerana terlalu banyak membaca buku? Mungkinkah begitu? (Rasanya aku ni pemalas) Mahu tak mahu, buku kena belek juga sebab keesokkannya ada paper Falsafah Islam. Saya telan ubat, tapi sakitnya masih menggigit-gigit. Paling menyedihkan saya langsung tak boleh nak fokus pada pembacaan. Saya cuba surf internet sekejap sampai mata saya berat. Lalu masuk tidur. Dan...Jogja bertamu dalam mimpi...

(Inah, keluarga kita telah pergi. Sekarang hanya kita berdua di sini)


Esoknya, saya bersiap awal pagi lagi untuk ke Universiti Al-Azhar. Pening masih tak hilang. Dalam hati saya berdoa agar dipermudahkan segala urusan sepanjang menjawab exam.



(suasana lalulintas di Khan Khalili. Ramai pejalan kaki. Makcik baju biru tu sedang control cun)


Alhamdulillah, cuaca tak begitu panas. Traffik di Khan Khalili juga tak begitu macet. Mungkin berkat solat hajat dan doa dari ibu saya.

Sepanjang peperiksaan, saya tidak begitu bersemangat kerana sakit kepala tidak hilang. Tak berapa boleh nak fokus. Apapun, saya jawab juga sekadar yang termampu. Alhamdulillah, dapat jugalah penuhkan tiga muka(shj). Then?

Saya terus berangkat pulang dan menuju ke perhentian bas. Walaupun cuaca sedikit panas, ditambah dengan sakit kepala yang belum hilang...hati saya jadi gundah. Perut mula berkeroncong dan tekak mula haus. Aduh! Saya segera teringatkan Ummu Ali (Ibu Ali). Saya menjadi asyik sekali memikirkan Ummu Ali dalam keadaan cuaca begini. Errmm! Pasti sedap jika dapat merasainya.


(suasana di perhentian bas. Ramai ammu yang botak2)


Saya menunggu sekitar 10 minit sebelum bas 24 jim sampai. Sebaik bas sampai, aksi melompatpun bermula dan segalanya lancar. Saya berjaya mendapatkan tempat duduk single di sebelah kiri. Alhamdulillah. Dari tingkap jendela, saya menikmati pandangan sepanjang perjalanan. Bas melalui Dirasah, Abbasiah, Nadi Sikkah, Hayyu Sadis dan akhirnya Hayyu Sabiek.

Sebaik bas tiba di perhentian Villa, saya melompat turun. Saya berjalan pulang ke rumah. Sebaik kaki saya memasuki jalan Abbas Zakzuq, saya singgah di kedai Sonesta. Membayar LE2.50 untuk Ummu Ali. Penjual menghulurkan apa yang diminta. Saya membimbit Ummu Ali pulang untuk menikmatinya. Sejurus tiba di rumah, saya tidak berfikir panjang. Saya membuka alas yang menutupi isi Ummu Ali dan langsung menjamahnya dengan penuh lahap. Bismillah!




(Ummu Ali, sejenis makanan tradisi yang dibuat daripada roti, susu, zabib dan gula. Best!)


Sebaik mencicip Ummu Ali, hilang segala kewalahan yang ditanggung sepanjang perjalanan pergi dan pulang tadi. Alhamdulillah!


4 comments:

kunang-kunang biru said...

ingatkan ape lah ummu ali tuu..makanan rupanyaa...

A. Ubaidillah Alias said...

:) Iyea, makanan kegemaran saya tu.

avie eicca said...

Makanan arab memang sedap.Kat U masa tahun 2 dulu dapatla merasa makanan arab tapi tak tahu dari negara mana..sedap gila...tapi kalau manis..takut pula dapat kencing manis.
Sekarang ni makan free makanan arab yaman pula.manis juga seperti orang yang memberi saya makan free tula..hikhik kerja saya makan jer..kit kena "jaga" badan:D

A. Ubaidillah Alias said...

Makanan arab memang manis. Kena kawal selalu. Apapun, saya suka makanan yang ada susu jer. :D best!